JOM WAKAF - "WAKAFKU AMAL JARIAHKU"
TAWARAN WAKAF LANTAI
Projek Pembangunan Kompleks Institusi Pendidikan Sekolah Rendah Islam (SERI) Dan Sekolah Menengah Islam (SEMI) ABIM, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.
Dari Abi Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mend0akan untuknya".
PEMBANGUNAN FASA 1
Fasa 1 projek pembangunan ini merangkumi :

Blok Pentadbiran 3 Tingkat

Blok Akademik Sekolah Rendah 4 Tingkat

Surau
PREMIS SEDIA ADA
Premis sedia ada sudah tidak lagi dapat menampung pertambahan jumlah pelajar di samping usia bangunan yang sudah melebihi 25 tahun dan persekitarannya tidak lagi kondusif untuk beroperasi sebagai tempat menuntut ilmu. Sebahagian bangunan yang dalam keadaan uzur juga boleh membawa risiko keselamatan, suasana yang tidak selesa semasa belajar, selain ruang tapak yang sangat terhad menyukarkan aktiviti luar kelas dan kegiatan ko-kurikulum dijalankan.


STATUS SEMASA PROJEK PEMBANGUNAN


